Struktur pasaran, gelagat firma dan prestasi keuntungan firma insurans am di Malaysia pada Tahun 1970 hingga Tahun 2012

Mustazar Mansur, and Alias Radam, and Nor Ghani Mohd Nor, and Rizaudin Sahlan, and Yuslindal Yaakub, (2015) Struktur pasaran, gelagat firma dan prestasi keuntungan firma insurans am di Malaysia pada Tahun 1970 hingga Tahun 2012. Jurnal Pengurusan, 44 . pp. 1-19. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
152kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/700

Abstract

Pasaran insurans di Malaysia semakin kompetitif terutamanya apabila berlaku krisis ekonomi dan proses liberalisasi kewangan di Malaysia. Hampir sebahagian besar jumlah firma dalam pasaran insurans am di Malaysia mengalami kerugian setiap tahun. Campurtangan kerajaan melalui BNM dengan membuat perubahan dasar dan peraturan seperti elemen kesolvenan setiap syarikat amat penting bagi meningkatkan tahap keyakinan pemegang insurans di pasaran. Namun, masih terdapat syarikat insurans besar dan tersohor di pasaran terpaksa diambil tindakan untuk dijual atau diambil alih akibat masalah kewangan atau keberhutangan syarikat mereka. Maka, setiap syarikat perlu tahu atau sedar bahawa penguasaan pasaran (penumpuan pasaran) yang tinggi tidak menjamin keutuhan kewangan atau prestasi yang baik pada masa depan. Titik tolak dari permasalah tersebut, kertas ini mengkaji secara empirik penentu-penentu struktur pasaran dan prestasi keuntungan firma insurans am di Malaysia. Bahagian awal kajian membincangkan kajiankajian lepas tentang faktor penting yang mengukur perubahan struktur pasaran dan keberuntungan firma dan beberapa petunjuk penting dalam pasaran insurans am. Manakala bahagian analisis kajian menggunakan model struktur yang diwakili oleh dua fungsi utama iaitu fungsi keuntungan dan fungsi struktur pasaran. Model ini dibentuk berasaskan teori organisasi industri iaitu Structure, Conduct and Performance (SCP). Data siri masa bagi tempoh 40 tahun digunakan dalam penganggaran model penentu keuntungan dan produktiviti firma insurans dengan menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil Dua Peringkat (2SLS). Analisis kajian ini cuba menguji 4 hipotesis utama SCP iaitu hipotesis SCP, hipotesis Relative Market Power (RMP), hipotesis Efficient-Structure (ES) dan hipotesis Market- Power (MP). Dapatan kajian dalam model ini menunjukkan fungsi keuntungan firma insurans am mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pendapatan premium, pulangan atas pelaburan dan pusing ganti aset tetap. Manakala, fungsi keuntungan firma mempunyai hubungan negative dan signifikan dengan syer pasaran, pusing ganti jumlah aset dan harga insurans. Fungsi syer pasaran pula mempunyai hubungan yang positif dan siginfikan dengan tingkat produktiviti pengurusan firma dan nisbah penumpuan pasaran bagi 10 firma terbesar. Dapat disimpulkan keputusan kajian ini menerima hipotesis SCP tentang peranan nisbah penumpuan pasaran firma dan produktiviti firma. Selain itu, kajian ini turut menerima hipotesis RMP tentang peranan harga di pasaran insurans am di Malaysia. Hipotesis ES pula disokong oleh keputusan kajian tentang kepentingan produktiviti dan kecekapan firma di pasaran ini.

Item Type:Article
Keywords:Stuktur pasaran; gelagat firma; keuntungan; insurans am
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9521
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2016 07:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page