Meneliti hubungan jihad perniagaan dengan pencapaian usahawan Muslim berjaya di Malaysia

Yazilmiwati Yaacob, and Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, (2015) Meneliti hubungan jihad perniagaan dengan pencapaian usahawan Muslim berjaya di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 44 . pp. 1-19. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
138kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/700

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara jihad perniagaan dengan pencapaian usahawan Muslim berjaya di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui kesahihan konstruk jihad perniagaan dengan mengetahui sejauh mana instrumen kajian mengesahkan definisi operasi dan mengesahkan butiran yang paling sesuai dengan dimensi. Terdapat empat dimensi utama di dalam kajian ini iaitu dimensi jihad melawan hawa nafsu, jihad ilmu, jihad harta dan jihad manusiawi yang terdiri daripada 23 butiran. Hasil daripada analisis faktor mendapati hanya terdapat dua dimensi yang kekal di dalam faktor jihad perniagaan iaitu dimensi jihad harta dan dimensi jihad manusiawi dengan mengabaikan sebanyak 16 butiran daripada 23 butiran yang dibincangkan. Nilai kebolehpercayaan bagi jihad harta ialah 0.73 dan nilai kebolehpercayaan bagi jihad manusiawi ialah 0.71. Hasil analisis korelasi dan regresi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara jihad harta dan jihad manusiawi dengan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia

Item Type:Article
Keywords:Jihad perniagaan; pencapaian; usahawan Muslim; harta; manusiawi
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9522
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2016 07:55
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page