Kesan moderator kearifan tempatan dalam mempertingkatkan prestasi pekerja di Indonesia

Muhammad Syafri, and Ahmad Jusoh, and Inda Sukati, and Muhammed Fauzi Othman, and Khalil Md Nor, (2015) Kesan moderator kearifan tempatan dalam mempertingkatkan prestasi pekerja di Indonesia. Jurnal Pengurusan, 44 . pp. 1-25. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
347kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/700

Abstract

Cabaran kakitangan awam bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti sentiasa diberi keutamaan. Permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti oleh masyarakat awam belum benar-benar tercapai. Ini disebabkan tahap prestasi kerja kakitangan awam masih rendah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap prestasi pekerja kakitangan awam. Faktor kompetensi, integriti, disiplin kerja, motivasi kerja, ganjaran dan rekabentuk kerja menjadi elemen-elemen dalam mengukur peningkatan prestasi pekerja. Seramai 2320 kakitangan awam menjadi populasi dalam kajian ini. Kaedah pensampelan rawak berkadar digunakan agar populasi boleh diwakili dengan kadar yang sama. Kaedah analisis Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM) digunakan bagi menganalisis dapatan. Hasil analisis statistik inferensi menunjukkan bahawa kompetensi, motivasi kerja dan rekabentuk kerja telah mempengaruhi secara signifikan prestasi pekerja. Tambahan pula, kearifan tempatan didapati menjadi moderator yang signifikan terhadap prestasi pekerja. Bagaimanapun integriti, disiplin kerja dan ganjaran adalah tidak signifikan terhadap prestasi pekerja.

Item Type:Article
Keywords:Kompetensi; integriti; disiplin kerja; motivasi kerja; ganjaran; rekabentuk kerja; kearifan tempatan; prestasi pekerja
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9528
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Feb 2016 08:20
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page