Rahmah Ismail, and Rosnita Hamzah, and Liew, Chei Siang (2015) Penentu keterlibatan pekerja dalam latihan: kes sektor pendidikan swasta di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (10). pp. 1-13. ISSN 2180-2491
|
PDF
202kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Latihan semasa kerja adalah penting bagi melahirkan pekerja yang memiliki kemahiran yang bersesuaian demi meningkatkan lagi produktiviti serta daya saing mereka dalam organisasi. Kerajaan Malaysia telah menekankan kepentingan pelaburan modal manusia terutamanya latihan dengan memperuntukkan jumlah perbelanjaan negara yang besar bagi tujuan tersebut. Ini adalah kerana kerajaan menyedari betapa pentingnya untuk membangunkan modal insan negara. Objektif artikel ini adalah untuk mengkaji struktur program latihan yang telah dihadiri pekerja sektor pendidikan swasta di Malaysia dan menganalisis faktor penentu keterlibatan mereka dalam latihan. Analisis menggunakan sampel 567 pekerja peringkat eksekutif dan ke atas yang telah dikutip melalui kerja lapangan. Hasil kajian ini mendapati bahawa program latihan yang banyak diikuti pekerja adalah latihan teknikal dan pengurusan, tempoh latihan kebanyakannya kurang dari 3 bulan dan latihan lebih berbentuk tidak formal yang dijalankan dalam organisasi. Analisis faktor penentu keterlibatan pekerja dalam latihan menunjukkan pekerja yang berstatus tetap dan kontrak mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk terlibat dalam program latihan dibandingkan dengan pekerja yang berstatus sementara, manakala pekerja yang memegang jawatan pentadbiran didapati mempunyai peluang yang lebih rendah dibandingkan dengan mereka yang tidak memegang jawatan pentadbiran. Peningkatan dalam bilangan tahun bersekolah pula akan meningkatkan keterlibatan pekerja dalam program latihan. Berdasarkan kepada dapatan ini adalah dicadangkan supaya keterlibatan pekerja dalam latihan perlu diperluaskan di kesemua peringkat pekerjaan agar mereka menjadi pekerja yang lebih produktif dan berdaya saing.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | latihan semasa kerja, modal insan, pekerja peringkat bukan eksekutif, pekerja peringkat eksekutif, produktiviti, sektor pendidikan swasta |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9529 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Feb 2016 03:39 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:50 |
Repository Staff Only: item control page