Program pembangunan pengurusan dan impaknya terhadap pemindahan latihan: kes tentera darat Malaysia

Noor Azmi Mohd Zainol, and Azman Ismail, and Ahmad Azan Ridzuan, and Nursaadatun Nisak Ahmad, (2015) Program pembangunan pengurusan dan impaknya terhadap pemindahan latihan: kes tentera darat Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (10). pp. 14-26. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
212kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Menurut kajian literatur yang terkini tentang pengurusan latihan organisasi, program pembangunan kepimpinan mempunyai tiga dimensi utama: kandungan kursus, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan. Kajian yang mendalam dalam bidang ini mengketengahkan bahawa keupayaan pengurusan untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan kepimpinan secara teratur dapat meningkatkan pemindahan latihan dalam organisasi. Sungguhpun sifat perhubungan ini adalah penting, namun peranan program pembangunan kepimpinan sebagai pemboleh ubah peramal masih kurang dibincangkan secara terperinci dalam model pembangunan organisasi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur hubungan di antara program pembangunan kepimpinan dengan pemindahan latihan. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk menggumpul 161 borang soal selidik daripada pemimpin pertengahan tentera darat di sebuah pusat latihan ketenteraan di Malaysia. Dapatan analisis model laluan SmartPLS menunjukkan kandungan kursus, peranan jurulatih, dan sokongan pengurusan kesemuanya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemindahan latihan. Dapatan ini mengesahkan bahawa kandungan kursus, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan merupakan pemboleh ubah peramal yang berkesan kepada pemindahan latihan di pusat latihan ketenteraan berkenaan.

Item Type:Article
Keywords:kandungan kursus, pemindahan latihan, peranan jurulatih, program pembangunan kepimpinan, sokongan pengurusan, tentera darat
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9530
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2016 03:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page