Tahap kecekapan dan penentu pencapaian prestasi staf akademik: kajian kes Universiti Kebangsaan Malaysia

Noorasiah Sulaiman, and Syukriyah Md Yusof, and Rahmah Ismail, (2015) Tahap kecekapan dan penentu pencapaian prestasi staf akademik: kajian kes Universiti Kebangsaan Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (10). pp. 37-50. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
304kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Sebagai universiti penyelidikan, bidang penyelidikan menjadi asas penting dalam menjana aktiviti-aktiviti seperti penerbitan, pengajaran, jaringan dengan industri, pihak kerajaan, komuniti tertentu dan masyarakat keseluruhan. Objektif pertama kajian ini ialah mengkaji tahap kecekapan fakulti-fakulti di UKM dalam menghasilkan penerbitan. Kedua ialah menganalisis faktor penentu yang mempengaruhi staf akademik UKM dalam membuat penerbitan. Kajian kecekapan melibatkan semua fakulti di UKM yang terdiri daripada 12 buah fakulti dan analisis dengan menggunakan teknik yang diperkenalkan oleh Farrel (1957) iaitu Data Envelopment Analysis (DEA). Bagi analisis kedua berhubung faktor penentu, data adalah berasaskan dapatan soal selidik lengkap yang dikembalikan oleh 116 staf akademik UKM hasil dari persampelan dengan kaedah Fact Sheet PEOD-6 yang diguna pakai oleh Israel (1992). Hasil kajian mendapati tahap kecekapan dalam menghasilkan penerbitan adalah rendah bagi kedua-dua rumpun fakulti, iaitu fakulti sains dan fakulti sains sosial. Keputusan ini menunjukkan tahap kecekapan keseluruhan dalam menghasilkan penerbitan di UKM juga rendah. Selanjutnya, analisis berhubung faktor penentu berhubung output penyelidikan menunjukkan dua dapatan. Pertama, pemboleh ubah tahun berkhidmat, status pekerjaan tetap, jawatan dalam pentadbiran dan bilangan penyeliaan mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan pemboleh ubah bersandar jumlah penerbitan. Sebaliknya pemboleh ubah jumlah geran penyelidikan, status perkahwinan dan bilangan anak didapati tidak signifikan. Implikasi daripada kajian ini mencadangkan bahawa UKM amnya dan staf akademik khususnya perlu lebih proaktif dalam menghasilkan penerbitan.

Item Type:Article
Keywords:institusi pengajian tinggi, pencapaian prestasi staf akademik, penentu pencapaian prestasi, penerbitan, penyelidikan, tahap kecekapan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9532
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2016 03:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page