Peranan sistem ganjaran berdasarkan prestasi dalam meningkatkan komitmen organisasi: kajian kes penjawat awam di Putrajaya dan Selangor, Malaysia

Siti Salwa Salim, and Shafiqa Roszaide, and Azman Ismail, and Ishak Yussof, (2015) Peranan sistem ganjaran berdasarkan prestasi dalam meningkatkan komitmen organisasi: kajian kes penjawat awam di Putrajaya dan Selangor, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (10). pp. 51-62. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
200kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Ganjaran berdasarkan prestasi , dengan dua elemen penting komunikasi dan penyertaan komunikasi dan penyertaan , adalah satu sistem pampasan kontemporari yang penting untuk menarik, mendorong dan mengekalkan pekerja yang kompeten. Keupayaan pentadbir mengurus sistem ganjaran berdasarkan prestasi dapat mendorong pekerja meningkatkan tahap komitmen terhadap organisasi. Walaupun isu ini telah mendapat liputan meluas dalam kajian literatur, namun peranan ganjaran berdasarkan prestasi sebagai pemboleh ubah peramal tidak banyak diberi penekanan dalam model-model ganjaran organisasi. Kajian ini dijalankan bagi menilai perhubungan di antara ganjaran berdasarkan prestasi dengan komitmen organisasi di jabatan kerajaan di sekitar Putrajaya dan Selangor jabatan kerajaan di sekitar Putrajaya dan Selangor. Data primer dikumpul menerusi kaedah persampelan mudah dari 109 soal selidik yang telah dijawab dengan lengkap, dan dianalisis dengan pakej SmartPLS version 3.0 dan aplikasi model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS). Hasil kajian menunjukkan bahawa komunikasi dan penyertaan (dalam bentuk kesediaan majikan menyebarluas maklumat tentang sistem ganjaran dan menggalakkan penglibatan pekerja dalam proses membuat keputusan) berupaya memainkan peranan penting sebagai pemboleh ubah peramal komitmen pekerja kepada organisasi. Hasil kajian juga menunjukkan penilaian prestasi tidak berupaya memainkan peranan berkesan sebagai pemboleh ubah peramal komitmen pekerja kepada organisasi. Ini mungkin kerana latar belakang peribadi dan perkhidmatan latar belakang responden yang berbeza dan rencam.

Item Type:Article
Keywords:ganjaran berdasarkan prestasi, komitmen organisasi, komunikasi, penilaian prestasi, penjawat awam, penyertaan pekerja
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9533
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2016 04:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page