Nur Izzaty Mohamad, and Azman Ismail, and Mohamad Shahril Azwan Mohamad Rozi, and Sholihien Ahmad, (2015) Tekanan kerja dan perkaitannya dengan kesihatan pekerja: kajian empirikal sebuah kontinjen polis di Semenanjung Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (10). pp. 63-75. ISSN 2180-2491
|
PDF
242kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Tekanan kerja samada berupa kekaburan peranan, koflik peranan dan beban peranan adalah situasi yang sukar dielakkan oleh setiap pekerja. Ketidakupayaan pekerja untuk mengendalikan tekanan kerja akan mengurangkan keupayaan mereka untuk mengekalkan tahap kesihatan semasa bertugas. Sungguhpun isu ini telah banyak dikaji namun peranan tekanan kerja sebagai pemboleh ubah peramal yang penting sering terabai dalam kajian literatur tekanan organisasi. Kajian ini mengukur perhubungan di antara tekanan kerja dengan kesihatan pekerja. Kaedah kaji selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada 142 anggota polis di sebuah ibu pejabat kontinjen kontinjen polis di Semenanjung Malaysia. Keputusan analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) menunjukkan tiga penemuan yang penting: pertama, kekaburan peranan memainkan peranan penting sebagai pemboleh ubah peramal kesihatan pekerja. Dapatan ini menerangkan bahawa ketidakjelasan objektif organisasi, skop kerja, matlamat kerja dan tanggungjawab telah meningkatkan tekanan ke atas pekerja dan keadaan ini tidak boleh membantu pekerja untuk mengatasi masalah kesihatan fizikal dan psikologi. Kedua, konflik peranan memainkan peranan penting sebagai pemboleh ubah peramal kesihatan pekerja. Dapatan ini menerangan bahawa tuntutan kerja yang pelbagai, pendapat yang berbeza dan arahan yang tidak sesuai daripada pihak atasan telah meningkatkan tekanan ke atas pekerja dan keadaan ini boleh mengurangkan tahap kesihatan fizikal dan psikologi mereka. Ketiga, beban peranan memainkan peranan penting sebagai pemboleh ubah peramal kesihatan pekerja. Dapatan ini menerangan bahawa kerja yang melebihi kemampuan diri dan peningkatan jumlah kerja yang banyak telah meningkatkan tekanan ke atas pekerja dan situasi ini tidak boleh membantu mereka meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan psikologi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | beban peranan, kekaburan peranan, kesihatan fizikal pekerja, kesihatan psikologi pekerja, konflik peranan, tekanan kerja polis |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9534 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 16 Feb 2016 04:10 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:50 |
Repository Staff Only: item control page