Pengaruh latihan ke atas pembezaan personel dalam pengurusan rantaian bekalan (SCM): kajian kes syarikat pembuatan di Malaysia

Arawati Agus, and Rahmah Ismail, (2015) Pengaruh latihan ke atas pembezaan personel dalam pengurusan rantaian bekalan (SCM): kajian kes syarikat pembuatan di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (10). pp. 76-88. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
223kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Latihan yang efektif sering dianggap sebagai faktor kritikal dalam mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi pekerja atau kakitangan sesebuah organisasi. Kajian ini menyiasat pengaruh latihan dalam pengurusan rantaian bekalan (SCM) terhadap pembezaan pekerja bagi syarikat-syarikat pembuatan di Malaysia. Data primer telah diperolehi menerusi hasil soalselidik 126 responden-syarikat yang disampel dari Direktori Federation of Malaysian Manufacturers. Hubungan di antara latihan dalam SCM dan pembezaan personel di analisis menerusi kaedah-kaedah statistik seperti Korelasi Pearson dan Regresi Berganda menggunakan data terdiri dari 126 responden. Pembezaan personel di lihat mempunyai korelasi yang tinggi dengan latihan. Penemuan menerusi Regresi Berganda mendapati bahawa dua pembolehubah latihan iaitu ‘Latihan pekerja dalam kemahiran pengeluaran’ dan ‘Latihan pekerja mengenai teknologi rantaian bekalan’ mempamerkan pengaruh yang tinggi terhadap pembezaan personel yang terdiri dari pembezaan pekerja dan pembezaan perkhidmatan. Latihan dalam kemahiran pengeluaran boleh menanam kemahiran dan pengetahuanuntuk melaksanakan tugas yang diperlukan secara efisien dan seterusnya mengurangkan kerja rosak, salahguna mesin dan menurunkan risiko fizikal. Di samping itu, Latihan pekerja mengenai teknologi rantaian bekalan boleh menyediakan pekerja dengan kemahiran untuk menangani kerumitan membentuk pengkongsian pembekal startegik; meningkatkan maklumbalas pelanggan, menyediakan pertukaran maklumat dalam SCM yang lebih betul, tepat masa dan berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:korelasi Pearson, latihan, pembezaan perkhidmatan, pembezaan personel, Pengurusan Rantaiaan Bekalan (SCM), regresi berganda
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9535
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2016 04:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page