Peranan program pementoran dalam meningkatkan kejayaan menti: kajian empirikal amalan komunikasi di sebuah universiti awam Malaysia

Nor’ Ain Abdullah, and Azman Ismail, and Mohd Fazir Abd Latif, and Najihah Omar, (2015) Peranan program pementoran dalam meningkatkan kejayaan menti: kajian empirikal amalan komunikasi di sebuah universiti awam Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (10). pp. 89-100. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
214kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Program pementoran lazimnya sangat menggalakan mentor dan menti mengamalkan komunikasi bersemuka dan komunikasi terbuka secara teratur bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan meningkatkan efikasi kendiri dan psikososial menti. Sungguhpun sifat perhubungan ini telah banyak diselidiki, namun peranan komunikasi dalam program pementoran sebagai pemboleh ubah penentu yang berkesan sering terabai dalam model-model pembangunan pelajar institusi pengajian tinggi. Kajian ini dikendalikan untuk mengukur hubungan di antara amalan komunikasi dalam program pementoran dengan kejayaan menti. Data primer telah didapatkan dari borang soal selidik yang telah diajukan kepada 136 mahasiswa ijazah sarjana muda di sebuah universiti penyelidikan di Malaysia. Keputusan analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) mengesahkan bahawa kesungguhan mentor mengamalkan komunikasi bersemuka dan terbuka dalam program pementoran formal dan tidak formal dapat membantu meningkatkan efikasi kendiri dan psikososial menti. Bagaimanapun, secara khusus kesediaan mentor mengamalkan komunikasi terbuka dalam program pementoran formal dan tidak formal tidak berupaya membantu meningkatkan psikososial menti dalam organisasi kajian. Dapatan ini mungkin telah dipengaruhi oleh hakikat bahawa kepelbagaian dan kerencaman latar belakang peribadi dan sosial responden menyebabkan responden mempunyai penilaian dan pertimbangan yang berbeza terhadap keupayaan mentor melaksanakan gaya komunikasi ini dalam program pementoran.

Item Type:Article
Keywords:efikasi kendiri menti, efikasi psikososial menti, institusi pengajian tinggi awam, komunikasi bersemuka, komunikasi terbuka, pementoran
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9536
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Feb 2016 04:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page