Kecelaruan iklim global: satu analisis awal

Noorazuan Md Hashim, (2015) Kecelaruan iklim global: satu analisis awal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (11). pp. 24-35. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
700kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Sumbangan ilmu para saintis seperti John Tyndall, Svante Arrhenius dan juga Milutin Milankovitch di dalam merangsang kefahaman ilmu sains atmosfera tidak boleh dinafikan. Hasil penelitian mereka telah menimbulkan usaha masa kini untuk mengurangkan kesan gas rumah kaca terhadap pemanasan global berterusan. Namun, kegagalan program pengurangan karbon telah menimbulkan kecelaruan dalam pengurusan adaptasi iklim global. Ada dalam kalangan pakar tidak melihat gas CO2 sebagai bahan pencemar, malahan ianya dilihat sebagai bahan hayat penting untuk vegetasi dan kehidupannya. Kecelaruan juga timbul apabila wujud jemaah pakar kajiiklim dunia yang mempersoalkan hasil penelitian IPCC terhadap kesensitifan iklim, pemodelan suhu dan juga kaitannya dengan bencana persekitaran. Kajian ini cuba membuktikan wujudnya kecelaruan di dalam memahami aspek pemanasan global dan hubungkaitannya dengan kehadiran bencana persekitaran. Secara rasionalnya, terdapat penelitian saintifik berimpak tinggi yang berjaya memberi pandu arah kepada kefahaman asas yang benar, walaupun hasilan berkenaan tidaklah selari dengan kemahuan penyelidikan arus perdana.

Item Type:Article
Keywords:kecelaruan iklim, kesensitifan iklim, pemanasan global, pengurangan karbon, perubahan iklim, penyelidkan iklim arus perdana
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9539
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Feb 2016 00:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page