Pengajaran bahasa Melayu baku dalam kalangan komuniti perbatasan: satu kajian pengaruh dialek Patani di Selatan Thailand

Kartini Wado, and Zulkifley Hamid, and Pareeda Hayeeteh, and Suhaila Binsama-ae, (2015) Pengajaran bahasa Melayu baku dalam kalangan komuniti perbatasan: satu kajian pengaruh dialek Patani di Selatan Thailand. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (11). pp. 36-44. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
335kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Sistem pendidikan di Selatan Thailand mempunyai sistem yang berbeza daripada sistem pendidikan di kawasan lain di Thailand. Kajian ini cuba melihat pengaruh dialek Melayu Patani dalam pengajaran bahasa Melayu baku di Selatan Thailand. Aspek-aspek linguistik dialek Melayu Patani yang mempengaruhi guru-guru bahasa Melayu di Selatan Thailand telah dianalisis. Kajian ini memberi tumpuan kepada pengaruh dari segi perubahan penyebutan kata, iaitu melihat perubahan dalam aspek fonetik yang berpunca daripada pengaruh dialek tempatan. Bagi mencapai matlamat kajian ini, kaedah penyelidikan kepustakaan dan lapangan telah digunakan. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan pendekatan analisis kualitatif. Hasil kajian mendapati guru-guru yang mengajar Mata Pelajaran Bahasa Melayu telah banyak dipengaruhi oleh dialek Melayu Patani, terutama pengaruh dari segi penyebutan kata. Dialek Melayu Patani jelas mempengaruhi pertuturan guru-guru bahasa Melayu, dan pengaruh ini telah menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu baku di Selatan Thailand.

Item Type:Article
Keywords:bahasa Melayu baku, dialek Melayu Patani, faktor linguistik, penghilangan fonem, penyebutan kata, perubahan fonem
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9540
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Feb 2016 03:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page