Sistem penuaian air hujan: kajian kes kesediaan masyarakat di Bandar Baru Bangi

Shamsuddin Man, and Noorazuan Md Hashim, (2015) Sistem penuaian air hujan: kajian kes kesediaan masyarakat di Bandar Baru Bangi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (11). pp. 53-62. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
622kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Peningkatan di dalam permintaan air telah mendorong pihak kerajaan memperkenalkan kaedah penuaian air hujan sebagai satu sumber alternatif bekalan air. Kesan aspirasi dan perilaku pengguna masih belum diterokai secara mendalam dan ilmiah. Perubahan gaya hidup yang moden telah mengubah cara kepenggunaan air bersih di kalangan masyarakat. Justeru, makalah ini bertujuan meneliti aspek kesediaan pihak awam terhadap penggunaan sistem penuaian air hujan di premis kediaman masing-masing. Bandar Baru Bangi dijadikan tapak penyelidikan memandangkan ianya disifatkan sebagai hot spot kejadian kekurangan bekalan air dan sering berlakunya catuan air. Untuk memudahkan agihan responden sebanyak 378 orang, kaedah persampelan yang dipilih adalah persampelan rawak berstrata yang mengenalpasti jumlah responden berdasarkan pemberat jumlah premis kediaman setiap seksyen di Bandar Baru Bangi. Hasil kajian mendapati, majoriti besar yang menganggap air dari tuaian hujan tidak layak digunakan untuk kegunaan air minuman adalah berdasarkan kepada persepsi risiko masing-masing. Mereka berkemungkinan merasakan wujudnya risiko atau bahaya untuk kesihatan sekiranya sumber berkenaan dijadikan sebagai sumber air minuman.

Item Type:Article
Keywords:kesediaan awam, penuaian air hujan, penggunaan air, permintaan terhadap air, sumber alternatif air, tanggapan risiko
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9542
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Feb 2016 03:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page