Gelagat hutang isi rumah mengikut kaum di Bandar Baru Bangi, Selangor

Nur Aisyatul Radiah Alidaniah, and Sanep Ahmad, and Mohd Ali Mohd Noor, and Mohammed Rizki Moi, (2015) Gelagat hutang isi rumah mengikut kaum di Bandar Baru Bangi, Selangor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (11). pp. 110-119. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
247kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Sejak Amerika Syarikat mengamalkan Reagonomics, dunia belajar membiayai kehidupan mewah dengan berhutang yang mana jika tidak diurus dengan sewajarnya akan menyusahkan siberhutang. Kajian ini bertujuan untuk melihat gelagat hidup mewah, tujuan berhutang, peratusan hutang daripada pendapatan bulanan, kesukaran untuk memenuhi keperluan asas dan kaedah mengatasi bebanan hutang yang ditanggung dalam kalangan tiga kaum utama di Malaysia. Berdasarkan kaedah persampelan rawak, seramai 141 orang responden di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor yang terdiri daripada kaum Melayu (60%), kaum Cina (28%) dan kaum India (12%) telah dipilih. Dapatan kajian menunjukkan terdapat sedikit perbezaan gelagat berhutang yang diamalkan oleh ketiga-tiga kaum utama Malaysia. Tujuan utama kaum Melayu membuat pinjaman adalah untuk membeli kenderaan, pinjaman peribadi, rumah kediaman, dan kad kredit. Bagi kaum Cina, tujuan utama mereka berhutang adalah untuk membeli kenderaan, rumah kediaman dan kad kredit. Manakala bagi kaum India mereka berhutang adalah untuk membeli kenderaan dan rumah kediaman. Menariknya, kajian ini juga mendapati majoriti kaum Melayu yang beragama Islam mendapatkan pinjaman daripada produk pinjaman konvensional berbanding produk perbankan yang patuh syariah. Purata keseluruhan gelagat hidup bermewah bagi ketiga-tiga kaum adalah agak tinggi iaitu sebanyak 62.4 peratus. Secara purata, kaum India dan Melayu mempunyai tahap berhutang yang tinggi berbanding kaum Cina. Justeru, isi rumah haruslah bijak dalam menguruskan kewangan mereka dan juga mengurangkan gelagat hidup mewah bagi mengelakkan daripada menanggung hutang yang berpanjangan.

Item Type:Article
Keywords:beban hutang, kehidupan mewah, hutang isi rumah, mengikut kaum, tahap hutang, tujuan hutang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9547
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Feb 2016 04:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page