Pencemaran habuk di Lembah Klang melalui analisis statistik boxplot

Siti Haslina Mohd Shafie, and Mastura Mahmud, (2015) Pencemaran habuk di Lembah Klang melalui analisis statistik boxplot. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (11). pp. 144-155. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
552kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Salah satu punca masalah kemerosotan kualiti udara bandar di Lembah Klang berlaku akibat daripada peningkatan bahan pencemar udara partikel zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikron (PM10) daripada kenderaan bermotor selain faktor perbandaran yang pesat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tren kepekatan purata bulanan PM10 di lima stesen kualiti udara di Lembah Klang iaitu Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam dan Cheras dari 2000 hingga 2009 dengan menggunakan kaedah statistik boxplot. Hasil kajian mendapati bahawa tren kepekatan purata bulanan PM10 adalah lebih tinggi daripada nilai kesetaraan Recommended Malaysian Air Quality Guidelines (RMAQG) iaitu 103.5 μg/m3 untuk tempoh sebulan bagi beberapa stesen kajian. Nilai kepekatan PM10 bulanan yang tertinggi direkodkan adalah pada Ogos 2005 sebanyak 590 μg/m3 di stesen Klang, 482 μg/m3 (Petaling Jaya), 371 μg/m3 (Kajang) serta 587 μg/m3 (Shah Alam) dan Cheras sebanyak 465 μg/m3 sewaktu peristiwa jerebu pada ketika itu. Selain nilai maksimum, analisis boxplot turut mewakili nilai Q2 (kuartil 2) iaitu nilai median atau penengah data, IQR (julat antara kuartil) iaitu angka penengah antara nilai yang paling kecil dan median serta Q3 (kuartil 3) merupakan nilai tengah antara median dan nilai tertinggi sesuatu set data. Stesen Klang mencatatkan nilai Q3, IQR dan Q2 tertinggi pada tahun 2005 masing-masing sebanyak 342 μg/m3, 75 μg/m3 dan 277 μg/m3 pada bulan Ogos berbanding stesen lain. Episod jerebu yang serius berlaku di Semenanjung Malaysia pada waktu tersebut berasal daripada pembakaran biojisim di Sumatera, Indonesia dan faktor kedudukan Klang yang paling hampir dengan Sumatera adalah punca utama kepada peningkatan kepekatan PM10 yang tinggi di stesen tersebut.

Item Type:Article
Keywords:analisis statistik boxplot, kenderaan bermotor, kualiti udara bandar, Lembah Klang, pencemaran jerebu, PM10
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9550
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Feb 2016 04:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page