Isu keselamatan dalam industri pelancongan: satu tinjauan konsep

Logeswaran Tangavello, and Jabil Mapjabil, and Badariah Ab Rahman, and Rosmiza Mohd Zainol, and Mohammad Kadir Zainal Abidin, and Mohd Zulhalmi Ibrahim, (2015) Isu keselamatan dalam industri pelancongan: satu tinjauan konsep. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (12). pp. 32-41. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
222kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Isu keselamatan dan jaminan dalam industri pelancongan adalah aspek kritikal yang perlu diberikan perhatian yang serius untk memastikan satu-satu destinasi pelancongan terus kekal menjadi pilihan pelancong. Kertas kerja ini adalah suatu tinjauan teoretikal tentang keselematan dan jaminan dalam industri pelancongan yang berkait rapat dengan keselamatan pelancong semasa mengunjungi sesebuah destinasi pelancongan. Antara ancaman yang dihadapi dalam percutian pelancong ialah bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi, jenayah dan keganasan seperti rogol, culik, bunuh termasuk mangsa penipuan oleh agensi dan perkhidmatan pelancongan, keracunan makanan, ancaman penyakit dan lain-lain lagi. Isu keselamatan dan jaminan dalam pelancongan turut berkait dengan keselamatan diri pelancong dan kepentingan mereka termasuklah kebolehan untuk mencari arah dalam persekitaran yang asing, memahami tanda sistem tempatan, petunjuk dan kelaziman sosial dan akhirnya keselamatan perkhidmatan pengguna dan membeli-belah. Ringkasnya, keamanan dan hospitaliti adalah ‘rakan baik’ dalam aspek perjalanan dan pelancongan, sebaliknya peperangan dan suasana tidak selamat adalah antara ‘musuh’ yang paling teruk.

Item Type:Article
Keywords:destinasi pelancongan, industri pelancongan, keamanan pelancong, keselamatan pelancong, konsep keselamatan dan keamanan, persekitaran asing
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9554
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Feb 2016 08:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page