Pelancongan pendidikan di Pulau Pinang: suatu analisis awal

Ruzanna Syamimi Ramli, and Badariah Ab Rahman, and Jabil Mapjabil, and Logeswaran Tangavello, and Rosmiza Mohd Zainol, and Mazdi Marzuki, and Ruzila Ismail, (2015) Pelancongan pendidikan di Pulau Pinang: suatu analisis awal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (12). pp. 74-86. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
267kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pelancongan pendidikan merupakan pelancongan alternatif yang semakin popular di Pulau Pinang. Ini menjadi titik tolak kepada perkembangan positif sektor ini berikutan terdapatnya lebih tiga puluh buah institut pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini. Pelancongan pendidikan ditakrifkan sebagai kegiatan yang dilakukan oleh pelancong yang bercuti dalam tempoh semalaman dan mereka yang melakukan perjalanan untuk tujuan pendidikan atau pembelajaran sebagai tujuan primer atau sekunder mereka. Terdapat dua perspektif utama dalam pelancongan pendidikan iaitu education first dan tourism first yang ditunjukkan dalam model asas pelancongan pendidikan. Dengan adanya institut pengajian tinggi yang bertaraf dunia di Pulau Pinang, industri pelancongan turut berkembang dengan limpahan para pelajar dari luar negara yang menjadikan negeri ini sebagai pelopor industri pelancongan menerusi sektor pendidikan. Contohnya seperti Universiti Sains Malaysia dan Allianze College of Medical Sciences. Selain beberapa kolej seperti Kolej Olympia, KDU College, Institut Teknologi Silicon dan Kolej Disted-Stamford. Dari perspektif geografi, lokasi peletakan institusi pengajian tinggi di negeri ini ditunjukkan. Kewujudan pelbagai institut pengajian tinggi di Pulau Pinang telah menarik ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai tahap pengajian dan bidang yang ditawarkan. Para pelajar turut berkesempatan untuk melancong sekitar Pulau Pinang. Malahan, pelancongan pendidikan menjadi salah satu cara untuk mempromosikan Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya di mata dunia.

Item Type:Article
Keywords:institut pengajian tinggi, pelajar antarabangsa, pelancongan, pelancongan pendidikan, pendidikan, Pulau Pinang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9558
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2016 01:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page