Solihah Mustafa, and Mazdi Marzuki, and Ruzanna Syamimi Ramli, and Jabil Mapjabil, and Mohammad Kadir Zainal Abidin, and Mohamad Pirdaus Yusoh, (2015) Pengurusan bandar warisan UNESCO dan penglibatan komuniti tempatan: kajian kes di George Town, Pulau Pinang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (12). pp. 87-99. ISSN 2180-2491
|
PDF
395kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Meskipun kajian tentang tapak warisan dunia di peringkat antarabangsa telah bermula sejak tahun 1945, namun kajian tentang pemuliharaan bandar tapak warisan dunia di Malaysia masih lagi kurang. Kajian ini mengenal pasti program tapak warisan UNESCO di bandar George Town, Pulau Pinang yang melibatkan komuniti tempatan; meneliti bentuk, jenis dan tahap penglibatan komuniti tersebut; dan mencadangkan langkah-langkah meningkatkan penglibatan komuniti dalam aktiviti pemuliharaan bandar kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian. Dapatan kajian daripada 27 orang responden menunjukkan bahawa hanya 20.6% responden sahaja yang pernah terlibat dengan aktiviti pemuliharaan. Oleh itu, boleh dirumuskan tahap penglibatan komuniti secara keseluruhannya masih lagi rendah. Dapatan kajian temu bual mendalam dengan pegawai mendapati banyak program atau projek pemuliharaan yang dijalankan. Namun, kebanyakan program ini hanya tertumpu kepada kumpulan tertentu seperti pemilik rumah atau bangunan, kontraktor, ahli akademik dan pihak pengurusan. Kajian ini turut mendapati majoriti komuniti berminat terhadap proses pemuliharaan tetapi tidak dilibatkan. Secara keseluruhan, bentuk penglibatan komuniti terhadap pemuliharaan adalah bersifat tidak ketara (intangible). Komitmen pihak berkepentingan dari sudut pengurusan, pemantauan dan pendanaan adalah penting dalam memastikan kelestarian warisan berterusan. Dapatan ini penting kepada pembuat dasar seperti Jabatan Warisan Negara untuk meneliti semula tahap, jenis dan bentuk penglibatan komuniti agar menepati aspirasi komuniti dan bandar lestari.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | konservasi warisan, penglibatan komuniti tempatan, pengurusan bandar, pengurusan warisan lestari Pulau Pinang, UNESCO |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9559 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 19 Feb 2016 01:33 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:50 |
Repository Staff Only: item control page