Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah

Mohd Jirey Kumalah, and Gusni Saat, and Jabil Mapjabil, and Rosazman Hussin, and Teuku Afrizal, and Mustapa Abu Talip, (2015) Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (12). pp. 112-128. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pelancongan berasaskan komuniti adalah pelancongan yang bertujuan mencapai pembangunan lestari agar komuniti luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka tanpa merosakkan alam sekitar. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan tarikan pelancongan berasaskan budaya dan alam sekitar di Malaysia. Negeri ini mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik suku kaum yang kaya dengan seni dan kebudayaan masing-masing, antaranya ialah suku kaum Bajau Ubian. Kawasan kajian ini dijalankan di Pulau Mantanani kerana keunikan komunitinya yang hampir seratus peratus adalah daripada suku kaum Bajau Ubian. Pulau Mantanani adalah sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi manakala komuniti Bajau Ubian pula kaya dengan kearifan tempatan tersendiri. Terdapat enam klasifikasi kearifan tempatan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan iaitu masakan, kraftangan dan pertukangan, permainan tradisi, kemahiran hidup, seni tarian dan muzik, majlis keraian dan perayaan. Setiap kearifan tempatan ini mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti. Justeru, kertas kerja ini akan meneliti potensi kearifan tempatan komuniti Bajau Ubian sebagai tarikan pelancongan di Pulau Mantanani.

Item Type:Article
Keywords:Bajau Ubian, budaya lokal, kearifan tempatan, komuniti pulau, pelancongan lestari, seni pribumi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9561
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Feb 2016 01:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page