Limpahan kemeruapan dan korelasi dinamik kadar pertukaran di ASEAN-5

Mori Kogid, and Abu Hassan Shaari Md. Nor, and Tamat Sarmidi, (2015) Limpahan kemeruapan dan korelasi dinamik kadar pertukaran di ASEAN-5. Jurnal Ekonomi Malaysia, 49 (2). pp. 39-51. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/current.html

Abstract

Kajian berkaitan hubung kait dinamik antara pasaran kewangan sememangnya sentiasa penting terutamanya dalam pengurusan risiko. Kajian ini cuba melihat semula hubung kait dinamik antara pasaran kadar pertukaran asing di ASEAN-5 dengan tumpuan kajian ke atas limpahan kemeruapan dan korelasi dinamik antara pasaran berdasarkan data harian bermula 3 Januari 1994 hingga 18 Jun 2012. Tempoh kajian juga dipecahkan kepada tiga sub tempoh iaitu masing-masing 3 Januari 1994 – 1 September 1998, 2 September 1998 – 21 Julai 2005 dan 22 Julai 2005 – 18 Jun 2012. Hasil kajian berdasarkan model MGARCH-BEKK menunjukkan bahawa kebanyakan limpahan kemeruapan dari pasaran Malaysia memberi kesan yang bererti kepada pasaran di Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Walau bagaimanapun hubungan dinamik ini berubah mengikut sub sampel kajian. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa pasaran Thailand, Filipina dan khususnya Indonesia adalah lebih meruap. Hasil penganggaran korelasi bersyarat dinamik berdasarkan model MGARCH-DCC pula menunjukkan bahawa secara keseluruhan, korelasi antara pasaran Malaysia dan pasaran lain adalah positif dan tinggi dalam tempoh tertentu sahaja khususnya semasa krisis kewangan Asia dan krisis kewangan global. Sebaliknya korelasi antara pasaran Thailand dan Singapura adalah positif dan tinggi walaupun dalam tempoh masa bukan krisis. Kajian juga menunjukkan bahawa kebanyakan korelasi antara pasaran juga semakin meningkat dalam tahun-tahun selepas krisis kewangan global.

Item Type:Article
Keywords:ASEAN-5; kadar pertukaran; MGARCH; BEKK; DCC
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:9590
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Mar 2016 06:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page