Chor, Foon Tang and Sezali Md. Darit, (2015) Penentu makroekonomi kadar jenayah di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 49 (2). pp. 53-60. ISSN 0127-1962
|
PDF
632kB |
Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/current.html
Abstract
Kadar jenayah kian meningkat akan mengancam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor makroekonomi yang mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia. Kajian ini meliputi data siri masa tahunan 1970 hingga 2013. Untuk mencapai objektif kajian ini, kami menggunakan kaedah kointegrasi batasan dan ujian sebab-penyebab Granger. Kajian ini mendapati bahawa kadar pengangguran, pelancongan, tahap kemiskinan dan keselamatan mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia, terutamanya dalam jangka panjang. Akan tetapi, kadar inflasi tidak signifikan mempengaruhi kadar jenayah di Malaysia. Tambahan pula, kajian ini juga mendapati bahawa pelancongan merupakan satu pembolehubah yang dinamik kerana perkembangan sektor pelancongan bukan sahaja dapat mengurangkan kadar jenayah, bahkan perkembangan sektor ini juga mampu mengurangkan kadar pengangguran serta membasmi kemiskinan. Selari dengan program transformasi ekonomi, pembangunan sektor pelancongan perlu diberi penekanan oleh penggubal dasar.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jenayah; kointegrasi; sebab-penyebab Granger; Malaysia |
Journal: | Jurnal Ekonomi Malaysia |
ID Code: | 9591 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 03 Mar 2016 06:54 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:50 |
Repository Staff Only: item control page