Kesan kekangan kewangan ke atas produktiviti firma di Malaysia

Mohd Adib Ismail, and Siti Sarah Annuar, (2015) Kesan kekangan kewangan ke atas produktiviti firma di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 49 (2). pp. 87-95. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
651kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/current.html

Abstract

Faktor kewangan telah menjadi tumpuan dan semakin penting dalam mempengaruhi aktiviti benar firma. Kebolehcapaian kepada sumber kewangan telah menjadi penentu kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya menjana pertumbuhan firma. Kertas ini mengkaji kesan kekangan kewangan ke atas produktiviti firma di Malaysia dengan menggunakan analisis data panel pada peringkat firma. Kaedah Momen Teritlak (GMM) sistem telah digunakan dalam kajian ini. Keputusan empirik menunjukkan bahawa faktor kewangan memberi impak yang signifikan ke atas produktiviti firma. Didapati aliran tunai firma mempengaruhi produktiviti firma. Ini menunjukkan firma yang kekurangan dana dalaman akan tidak berupaya untuk mengakses kepada kewangan luar bagi membiayai aktiviti-aktiviti pelaburan. Dari segi saiz firma, didapati hanya firma kecil menunjukkan kekangan kewangan dalam meningkatkan produktiviti, manakala firma besar tidak menghadapinya. Oleh itu, dapatan kajian ini amat penting bagi menjelaskan hubungan kekangan kewangan dan produktiviti agar dapat membantu dalam pembentukan dasar yang boleh merangsang pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Produktiviti; kekangan kewangan; data panel; GMM; pertumbuhan ekonomi
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:9594
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Mar 2016 07:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page