Kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga: peranan tanggapan sokongan penyelia sebagai pengantara

Normazaini Saleh, and Rasidah Arshad, and Rohayu Abdul Ghani, and Rosmah Mat Isa, (2015) Kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga: peranan tanggapan sokongan penyelia sebagai pengantara. Jurnal Pengurusan, 45 . pp. 1-14. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
130kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/749

Abstract

Objektif kajian ini ialah untuk menyiasat peranan tanggapan sokongan penyelia sebagai pengantara bagi kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga. Walaupun banyak kajian lepas mengemukakan kaitan signifikan antara kualiti hubungan penyelia-pekerja dan konflik kerja-keluarga, namun penjelasan terhadap hubungan tersebut masih kurang dari sudut bukti empirikal. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang kajian dengan mengkaji peranan sokongan penyelia sebagai pengantara antara kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga. Kajian dilakukan ke atas sampel yang terdiri daripada 535 jururawat di 6 buah hospital awam di Selangor. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan analisis regresi berhierarki. Hasil kajian menunjukkan: (1) kualiti hubungan penyelia-pekerja mempunyai kaitan negatif secara langsung dengan konflik kerja-keluarga; (2) kualiti hubungan penyelia-pekerja mempunyai kaitan positif dengan tanggapan sokongan penyelia; (3) tanggapan sokongan penyelia mempunyai kaitan negatif dengan konflik kerja-keluarga dan; (4) tanggapan sokongan penyelia mengantara hubungan antara kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga. Hasil kajian ini membuktikan peranan tanggapan sokongan penyelia sebagai pengantara bagi hubungan kualiti hubungan penyelia-pekerja dengan konflik kerja-keluarga. Seterusnya, kajian ini turut mengetengahkan pentingnya organisasi mengambil berat perihal hubungan penyelia-pekerja kerana dengan adanya hubungan baik antara penyelia-pekerja di tempat kerja, tanggapan sokongan sosial akan dapat ditingkatkan dan seterusnya konflik kerja-keluarga dapat dikurangkan

Item Type:Article
Keywords:Kualiti hubungan penyelia-pekerja; konflik kerja keluarga; tanggapan sokongan penyelia; sokongan social; hospital
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9603
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2016 07:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page