Hubungan penyertaan belanjawan dan regangan belanjawan di industri perhotelan: peranan keadilan prosedur

Ku Ahmisuhaiti Ku Ahmad, and Amizawati Mohd. Amir, and Ruhanita Maelah, (2015) Hubungan penyertaan belanjawan dan regangan belanjawan di industri perhotelan: peranan keadilan prosedur. Jurnal Pengurusan, 45 . pp. 1-19. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
177kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/749

Abstract

Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan regangan belanjawan dengan penyertaan belanjawan, melihat kepada peranan keadilan prosedur di kalangan pengurus dalam industri perhotelan. Responden kajian ini ialah 164 pengurus hotel yang berdaftar dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH). Soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data. Tahap penyertaan belanjawan diukur menggunakan pengukuran Milani (1975), sementara regangan belanjawan dinilai mengikut kaedah Stede (2000), yang mengukur tahap regangan berdasarkan amalan sebenar, bukannya sekadar niat untuk melakukan regangan belanjawan. Lanjutan daripada hubungan agensi, kajian ini menggunakan Teori Minda (ToM) untuk menguji pentingnya persepsi keadilan prosedur sebagai pemoderat hubungan antara penyertaan belanjawan dan tahap regangan. Penemuan kajian membuktikan bahawa kesan interaktif antara keadilan prosedur dan penyertaan belanjawan adalah berhubungan secara negatif dengan amalan regangan belanjawan. Ini menandakan bahawa amalan regangan mampu dikurangkan sekiranya individu pekerja percaya keadilan dipraktikkan oleh pihak majikan.

Item Type:Article
Keywords:Belanjawan; keadilan prosedur; regangan belanjawan; agensi; industri perhotelan
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9608
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Mar 2016 08:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page