Kepimpinan berkualiti: perspektif mengenai kompetensi yang diperlukan untuk memimpin dengan berkesan

Roselena Mansor, and Mohd Izham Mohd Hamzah, (2015) Kepimpinan berkualiti: perspektif mengenai kompetensi yang diperlukan untuk memimpin dengan berkesan. Jurnal Pengurusan, 45 . pp. 1-19. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
164kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/pengurusan/issue/view/749

Abstract

Kajian-kajian lalu menunjukkan pemimpin adalah penyumbang utama kepada kecemerlangan organisasi. Hanya pemimpin yang kompeten dapat mengurus organisasinya dengan berkesan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kompetensi yang diperlukan untuk memimpin institusi pendidikan dengan berkesan. Seramai 24 informan dipilih secara bertujuan yang terdiri daripada pelbagai peringkat kepimpinan dan pengalaman. Kajian ini adalah kajian kualitatif; di mana data diperoleh secara temu bual bersemuka. Data dianalisis dengan pembinaan tematema dan dengan melakukan teknik analisis perbandingan berterusan. Kajian ini telah mengenal pasti lima kompetensi utama yang perlu ada pada pemimpin berkualiti iaitu berpengetahuan, berkemahiran, berkeperibadian positif, menyumbang kepada organisasi, dan kesanggupan memimpin. Hasil kajian ini memberi implikasi pada model kompetensi kepimpinan berkualiti. Dapatan kajian ini dicadangkan digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan pembentukan pemimpin berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:Kompetensi; pemimpin berkualiti; kompetensi kepimpinan; pemimpin; kepimpinan pendidikan
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:9615
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Mar 2016 01:17
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page