Hazura Mohamed, and Nur Fazidah Elias, and Muriati Mukhtar, and Yazrina Yahya, and Siti Aishah Hanawi, and Ruzzakiah Jenal, and Wan Azlin Zurita Wan Ahmad, (2015) Model nilai cipta-sama dalam sistem pengukuran prestasi. Jurnal Pengurusan, 45 . pp. 1-15. ISSN 0127-2713
|
PDF
209kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/pengurusan/issue/view/749
Abstract
Proses peningkatan kualiti di setiap jabatan kerajaan akan dapat berjalan lancar dan berterusan dengan sokongan sistem pengukuran prestasi kualiti yang baik. Pengukuran prestasi merupakan satu kaedah penting yang menyokong keberkesanan program, membantu dalam penghasilan keputusan dan meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi. Terdapat pelbagai faktor diambil kira dalam sistem pengukuran prestasi (SPP) sedia ada. Walau bagaimana pun, faktor sedia ada hanya bersifat kontekstual yang sesuai untuk keperluan persekitaran atau organisasi tertentu sahaja. Keadaan ini menyebabkan pembangun SPP tidak mempunyai satu model rujukan umum yang boleh dijadikan panduan untuk membangunkan SPP. Justeru satu model generik yang memenuhi keperluan ini perlu dibangunkan. Dengan menggunakan kaedah penyegitigaan berlelar yang bersandar kepada kajian kes yang diperoleh dari kajian kesusasteraan, faktor yang dikenalpasti kemudiannya dikelaskan berdasar kepada model nilai cipta-sama DART (Dialog, Akses, Risiko dan Telus). Model DART dipilih kerana ia merupakan satu model yang telah terbukti berkesan dalam menerap konsep nilai cipta sama yang merupakan satu konsep penting dalam pembangunan sistem. Model nilai cipta sama bagi SPP yang dihasilkan ini berjaya mengumpul faktor penting yang perlu diambil kira dalam pembangunan SPP.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sains perkhidmatan; nilai cipta-sama; sistem pengukuran prestasi; model DART |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 9616 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Mar 2016 01:27 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:50 |
Repository Staff Only: item control page