Analisis keberkesanan benziltrietilamonium klorida sebagai perencat kakisan bagi perlindungan keluli karbon

Mohd Nazri Idris, and Abdul Razak Daud, and Norinsan Kamil Othman, (2016) Analisis keberkesanan benziltrietilamonium klorida sebagai perencat kakisan bagi perlindungan keluli karbon. Sains Malaysiana, 45 (2). pp. 271-277. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol45num2_2...

Abstract

Keberkesanan perencatan benziltrietilamonium klorida (BK) terhadap perlindungan kakisan keluli karbon di dalam 1 M asid asetik telah dianalisis dengan menggunakan kaedah ujian kehilangan berat. Matlamat kajian adalah untuk menilai tahap kecekapan perencatan BK berdasarkan perubahan nilai kepekatan perencat berkenaan dan suhu. Analisis kehilangan berat menunjukkan kadar kakisan keluli karbon berjaya dikurangkan dengan penggunaan kepekatan BK yang lebih tinggi dan nilai kecekapan perencatan BK mencapai sehingga 70%. Namun kadar kakisan didapati meningkat selari dengan peningkatan suhu. Analisis termodinamik mendapati perencatan BK berjaya mengurangkan proses pelarutan ion-ion logam melalui pembentukan lapisan filem nipis pada permukaan keluli karbon. Analisis juga menunjukkan sebatian BK berupaya menjerap pada permukaan keluli karbon melalui kedua-dua kaedah penjerapan fizikal dan kimia. Proses penjerapan BK pada permukaan keluli karbon didapati lebih menjurus kepada model isoterma penjerapan Langmuir. Analisis morfologi menggunakan mikroskop imbasan elektron turut mengesahkan berlakunya perencatan BK pada tapak permukaan keluli karbon. Keseluruhan kajian mendapati sebatian BK berupaya melindungi keluli karbon daripada mengalami kakisan di dalam medium asid asetik.

Item Type:Article
Keywords:Kecekapan perencatan; keluli karbon; penjerapan; perencat kakisan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:9682
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Apr 2016 07:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page