Kebolehpercayaan alat penilaian kefungsian mobiliti di kalangan warga emas di Malaysia

Nor Afifi Razaob, and Tang, Priscilla Shu Fern and Masne Kadar, and Noorashikin Samin, (2016) Kebolehpercayaan alat penilaian kefungsian mobiliti di kalangan warga emas di Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 14 (1). pp. 47-54. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
403kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/633

Abstract

Kefungsian mobiliti dalam kalangan populasi warga emas merupakan elemen yang penting bagi kualiti hidup yang lebih bermakna. Penilaian adalah penting untuk memastikan langkah-langkah sewajarnya boleh diambil demi mengesan perubahan dalam kefungsian mobiliti. Terdapat pelbagai jenis penilaian mobiliti namun kebanyakan kajian kebolehpercayaan ulang semula alat penilaian ini adalah berdasarkan kajian luar negara. Oleh itu, kajian ini adalah untuk menentukan kebolehpercayaan tiga alat penilaian status kefungsian mobiliti terutama aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas. Seramai 60 orang warga emas dengan min umur 76.32 tahun dan sisihan piawai 8.66 terlibat dalam kajian kebolehpercayaan uji-ulang semula bagi tiga jenis alat penilaian; Ujian Berjalan Enam Minit [Six-Minute Walk Test (6MWT)], Ujian Bangun dan Berjalan [Timed Up and Go Test (TUG)], Ujian Duduk-Berdiri [Sitto-Stand Test (STS)]. Bacaan di ambil sebanyak dua kali dengan selang masa seminggu antara penilaian pertama dan kedua. Korelasi Intra-Kelas [Intraclass Correlation (ICC)], Had Keserasian [Limits of Agreement (LOA)] dan Ralat Pengukuran Piawai [Standard Error of Measurement (SEM)] dan diikuti kombinasi ketiga-tiga kaedah telah digunakan dalam analisa data. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga alat penilaian menggunakan metodologi analisis statistik ICC, LOA, SEM dan kombinasi ketiga-tiga metodologi tersebut menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai ICC bagi kesemua alat penilaian aktiviti melebihi 0.90 (ICC=0.94-0.99). Graf LOA menunjukkan wujudnya suatu tahap kebolehpercayaan bagi kesemua alat penilaian aktiviti manakala peratus SEM pula merekodkan nilai kurang dari 10% (SEM%=0.95%-9.95%). Kesimpulannya, ketiga-tiga alat penilaian mempunyai ketekalan yang tinggi dan sesuai digunakan sebagai salah satu alat penilaian kefungsian mobiliti bagi warga emas di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:6MWT; TUG; STS; Alat penilaian; Warga emas
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:9729
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Apr 2016 04:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page