Perbandingan kaedah dalam menganggar nilai lenyap bagi data zarah pencemar PM10 dan O3

Salwa Ismail, and Zamira Hasanah Zamzuri, (2015) Perbandingan kaedah dalam menganggar nilai lenyap bagi data zarah pencemar PM10 dan O3. Journal of Quality Measurement and Analysis, 11 (2). pp. 69-79. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

75kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma11_2a.html

Abstract

Pencemaran udara secara amnya disebabkan oleh kehadiran sekurang-kurangnya satu bahan kimia di atmosfera dalam jumlah yang boleh membahayakan kesihatan. Nilai lenyap sering terjadi dalam data kualiti udara yang biasanya digunakan semasa menjalankan kajian mengenai alam sekitar. Nilai lenyap biasanya berlaku akibat pensampelan tidak mencukupi, ralat dalam ukuran atau kesalahan semasa pengumpulan data. Keadaan ini memberi kesan pada data dan seterusnya menyebabkan analisis statistik diragui. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menyelesaikan masalah dan membuat perbandingan kaedah untuk menaksir nilai lenyap dengan menggunakan kaedah kesan tempat bersandar, min baris dan min jam. Lokasi kajian ini adalah Sek. Men. Raja Perempuan Zarina, Klang; Sek. Keb. Indera Mahkota, Pahang; Sek. Men. Pagoh, Ipoh; dan Sek. Men. Dato’ Permaisuri, Miri. Manakala zarah pencemar yang digunakan adalah PM10 dan O3. Pemilihan kaedah terbaik dinilai menggunakan tiga penunjuk prestasi, iaitu indeks persetujuan, punca kuasa dua min ralat dan min ralat mutlak. Ketiga-tiga prestasi penunjuk memilih kaedah kesan tempat bersandar sebagai kaedah terbaik untuk menganggar nilai lenyap.

Item Type:Article
Keywords:Nilai lenyap; Penunjuk prestasi; Kaedah kesan tempat bersandar
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:9737
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 May 2016 03:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page