Aktiviti anti-Acanthamoeba oleh disinfektan kanta sentuh pelbagai guna terhadap sista Acanthamoeba pencilan klinikal dan persekitaran

Mohamed Kamel Abd Ghani, and Syamimi Omar, and Anisah Nordin, and Yusof Suboh, and Noraina Ab Rahim, and Wan Omar Abdullah, and Norazah Ahmad, (2016) Aktiviti anti-Acanthamoeba oleh disinfektan kanta sentuh pelbagai guna terhadap sista Acanthamoeba pencilan klinikal dan persekitaran. Sains Malaysiana, 45 (4). pp. 609-613. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid45bil4_2...

Abstract

Disinfeksi kanta sentuh yang berkesan adalah sangat penting sebagai langkah pencegahan keratitis Acanthamoeba (AK). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan larutan disinfektan kanta sentuh pelbagai guna terhadap sista Acanthamoeba dengan menggunakan empat pencilan, dua pencilan klinikal; HS 5, HTH 73, dan dua lagi pencilan persekitaran; TTA 1 dan TKA 14. Lima jenis larutan disinfektan pelbagai guna; Complete®, Renu® fresh™, RevitaLens OcuTec®, Opti-Free® Express® dan Solo Care Aqua® telah diuji ke atas pencilan Acanthamoeba tersebut. Masa rendaman adalah berdasarkan masa yang disyorkan oleh pengeluar (4 jam dan 6 jam), 8 jam dan 24 jam. Setiap campuran sista dan larutan disinfektan kanta sentuh dipindahkan ke atas agar tanpa nutrien yang dilapisi Escherichia coli. Plat agar diperiksa di bawah mikroskop songsang setiap hari sehingga hari ke-14 untuk melihat kehadiran trofozoit. Kelima-lima larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh tidak efektif membunuh kesemua pencilan sista Acanthamoeba yang diuji. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh tidak mempunyai aktiviti anti-Acanthamoeba yang sangat diperlukan bagi mencegah jangkitan keratitis Acanthamoeba dalam kalangan pengguna kanta sentuh.

Item Type:Article
Keywords:Acanthamoeba; Keberkesanan; Larutan disinfektan pelbagai guna kanta sentuh; Malaysia
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:9751
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 May 2016 05:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page