Tema-tema feminisme dalam novel-novel Nawal El Saadawi

Maryam Habibah Kamis, and Indriaty Ismail, (2015) Tema-tema feminisme dalam novel-novel Nawal El Saadawi. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (2). pp. 107-112. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/727

Abstract

Nawal El Saadawi merupakan seorang tokoh wanita Mesir yang memperjuang dan menyuarakan hak-hak wanita Arab dan penderitaan mereka menerusi karya-karya sastera novel. Antara novel terkenal beliau ialah al-Wajh al-Ari li al-Mar’ah al-‘Arabiyyah (1977), Hubb fi Zaman al-Naft (1993) dan al - Zina (2009). Artikel ini membincangkan isu-isu feminisme yang diperjuangkan oleh Nawal El Saadawi dan mengamati tema-tema feminisme dalam tiga buah karya beliau. Metodologi yang digunakan untuk menghasilkan penulisan ini ialah melalui kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap novel al-Wajh al-Ari li al-Mar’ah al-Arabiyyah (1977), Hubb fi Zaman al-Naft (1993) dan al - Zina (2009) dan kritik sastera. Hasil kajian mendapati bahawa Nawal El Saadawi sebagai seorang novelis dan feminis berjaya mengangkat isu-isu feminisme dalam novel-novelnya dari aspek pendidikan, pekerjaan domestik dan institusi kekeluargaan yang melibatkan perkahwinan dan poligami. Novel-novel penulisan beliau menjadi medium utama bagi beliau untuk meluahkan kritikan dan komentar terhadap praktis budaya Arab sejak zaman mudanya hingga kini .

Item Type:Article
Keywords:Nawal El Saadawi; Feminisme; Pendidikan; Pekerjaan domestik; Institusi kekeluargaan
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:9759
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2016 01:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page