Potensi keterdedahan risiko syariah syarikat pengendali takaful terpilih di Malaysia

Mohd Faiz Mohamed Yusof, and Joni Tamkin Borhan, and Nurhanani Romli, (2015) Potensi keterdedahan risiko syariah syarikat pengendali takaful terpilih di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (2). pp. 113-124. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
452kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/727

Abstract

Industri kewangan Islam mempunyai keunikan tersendiri berbanding industri kewangan konvensional. Keadaan ini berikutan industri kewangan Islam mempunyai keperluan terhadap pematuhan syariah, sekali gus mendedahkan industri kewangan Islam terhadap risiko yang dikenali sebagai risiko syariah. Industri pasaran modal Islam di peringkat global contohnya telah berhadapan dengan risiko syariah apabila pada penghujung tahun 2007, Sheikh Taqi Uthmani telah mengisytiharkan bahawa 85% sukuk yang berada di pasaran adalah tidak patuh syariah sekali gus menyebabkan penurunan terbitan sukuk pada tahun berikutnya. Dalam perbankan Islam di Malaysia pula terdapat pertikaian mengenai status patuh syariah kontrak Bay‘ Bithaman Ajil (BBA) sehingga terdapat kes-kes pertikaian yang dibawa ke mahkamah. Industri takaful di Malaysia turut terdedah kepada risiko syariah disebabkan keperluan pematuhan syariah dalam setiap operasi dan aktiviti Syarikat Pengendali Takaful (SPT). Justeru, kajian ini akan menjelaskan elemen-elemen utama yang menyebabkan risiko syariah dalam kewangan Islam. Kajian ini turut mengenal pasti potensi keterdedahan risiko syariah secara spesifik dalam SPT dengan menggunakan metodologi kualitatif berdasarkan data kajian daripada lima informan yang berpengalaman secara langsung dalam pematuhan syariah industri takaful. Kajian ini akan menganalisis data kualitatif menggunakan program berkomputer Altas.ti 7. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai potensi risiko syariah dan insiden risiko syariah yang pelbagai dalam SPT.

Item Type:Article
Keywords:Risiko syariah; Elemen risiko syariah; Potensi risiko syariah; Syarikat pengendali takaful
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:9760
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2016 01:20
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page