Modul penentuan hukum makanan ubah suai genetik (GMF) dan kepentingannya di Malaysia

Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, and Sharif Mohd Tahir, (2015) Modul penentuan hukum makanan ubah suai genetik (GMF) dan kepentingannya di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (2). pp. 133-145. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
491kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/727

Abstract

Artikel ini membincangkan kepentingan pembinaan modul penentuan hukum produk makanan ubah suai genetik (GMF) dan kepentingannya di Malaysia berlandaskan kerangka Maqasid Syariah. GMF merupakan produk makanan moden yang dihasilkan melalui proses kejuruteraan bioteknologi dengan kaedah memanipulasi asid deoksiribonukleik (DNA) tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Hasil daripada proses tersebut melahirkan produk makanan yang lebih berkhasiat dan mengandungi nutrisi lebih dari produk makanan yang asli. Makanan ubah suai genetik ini juga mampu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak serta melibatkan kos yang sedikit berbanding makanan yang tidak melalui proses ubah suai genetik. Produk-produk yang dihasilkan ini masih tidak terdapat sebarang garis panduan atau modul yang dapat digunakan untuk membuat penentuan hukum terhadap produk-produk GMF tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan garis panduan dalam bentuk modul yang perlu digunakan dalam menentukan status makanan yang telah melalui proses kejuruteraan bioteknologi. Kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan kepentingan garis panduan penentuan hukum makanan ubah suai genetik (GMF) di Malaysia. Dalam menjayakan kajian ini, kaedah pengumpulan data telah dijalankan menggunakan reka bentuk kualitatif dengan menggunakan metode perpustakaan, deskriptif, komparatif, dan analisis kandungan terhadap sumber-sumber fiqh dan sains. Dapatan kajian ini menunjukkan produk makanan GMF boleh dimakan sekiranya menepati prinsip-prinsip tertentu yang telah digariskan. Melalui prinsip-prinsip tersebut, pengaplikasian penentuan hukum produk-produk ubah suai genetik akan menjadi lebih jelas dan teratur. Kajian ini signifikan bagi mengatasi kesamaran status hukum makanan GMF, yang bertujuan untuk membantu pihak berwajib seperti Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Bahagian Perancangan & Penyelidikan JAKIM dalam menentukan hukum bagi produk-produk makanan ubah suai genetik (GMF).

Item Type:Article
Keywords:Penentuan hukum; Makanan ubah suai genetik; Fiqh pemakanan
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:9762
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2016 01:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page