Tinjauan literatur penterjemahan novel Melayu ke bahasa Arab

Noorsyuhada Mohamed Salleh, and Maheram Ahmad, (2015) Tinjauan literatur penterjemahan novel Melayu ke bahasa Arab. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (2). pp. 147-152. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
297kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/727

Abstract

Menterjemah karya sastera ialah suatu tugas yang mencabar dan rumit. Ini kerana sesebuah genre sastera memberi penekanan kepada aspek keindahan bahasa yang banyak mengandungi unsur ketersiratan makna. Apatah lagi jika proses penterjemahan melibatkan terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab. Di Malaysia, buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai bilangan yang sangat sedikit berdasarkan data yang diperoleh dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) sejak tahun 1995 hingga 2012. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan kajian-kajian lalu serta mengenal pasti kelompangan yang belum dikaji oleh para sarjana untuk menghasilkan kajian baru. Berdasarkan penelitian yang dibuat, banyak kajian dalam bidang terjemahan melibatkan penterjemahan dari bahasa asing ke bahasa Melayu seperti bahasa Thai-Melayu, Cina-Melayu, Arab-Melayu, Perancis-Melayu. Manakala kajian terjemahan dari bahasa Melayu ke bahasa asing amat sedikit. Kajian yang pernah dilakukan adalah penterjemahan bahasa Melayu-Perancis dan Melayu-Jerman. Kekurangan tersebut boleh dijadikan pernyataan masalah untuk kajian yang seterusnya.

Item Type:Article
Keywords:Tinjauan literatur; Penterjemahan novel; Novel Melayu; Terjemahan Melayu-Arab
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:9763
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2016 01:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page