Implikasi pentafsiran Nasr Hamid Abu Zayd terhadap isu wanita dalam al-Qur’an

Nur Zainatul Nadra Zainol, and Latifah Abdul Majid, and Muhd Najib Abd Kadir, (2015) Implikasi pentafsiran Nasr Hamid Abu Zayd terhadap isu wanita dalam al-Qur’an. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 37 (2). pp. 153-161. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
354kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/727

Abstract

Ulama tafsir telah bersepakat tentang metode untuk mentafsirkan al-Qur’an, namun Nasr Hamid Abu Zayd telah menganjurkan metode tafsir moden dengan mengaplikasikan hermeneutik kerana beliau berpendapat metode tersebut ialah metode terbaik untuk mentafsirkan al-Qur’an. Angggapan Abu Zayd adalah berdasarkan al-Qur’an perlu ditafsirkan kepada konteks sejarah dan budaya semasa. Metode tafsir Abu Zayd telah menimbulkan polemik dalam dunia Islam. Objektif artikel ini adalah untuk mengenal pasti metode tafsir Abu Zayd dan menganalisis implikasi metode tersebut terhadap isu-isu berkaitan dengan wanita. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan yang terdiri daripada karya Abu Zayd untuk mengeluarkan kaedah pentafsirannya. Hasil pentafsiran Abu Zayd dibandingkan dengan pendapat mufassir. Hasil kajian mendapati metode pentafsiran Abu Zayd bersifat relatif serta memberi polemik besar terhadap isu wanita.

Item Type:Article
Keywords:Nasr Hamid Abu Zayd; Pemikir moden; Tafsir; Hermeneutik; Isu wanita
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:9764
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 May 2016 01:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page