Kuasa maritim China di rantau Asia: satu analisis

Noraini Zulkifli, and Sharifah Munirah Alatas, and Zarina Othman, (2015) Kuasa maritim China di rantau Asia: satu analisis. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (13). pp. 36-48. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
531kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kebangkitan tentera laut China seringkali dipamerkan sebagai satu kuasa yang ingin menakluk wilayah maritim lain. Lebih daripada itu pemodenan aset yang telah dilakukan oleh negara tersebut juga seringkali dirujuk sebagai kebangkitan yang bersifat ingin mendominasi dan menjadi kuasa unipolar di Asia. Namun sejauh manakah kebangkitan dan permodenan ketenteraan China itu memberikan kesan negatif kepada negara lain? Dengan menggunakan data primer dan sekunder tahun 2001-2014, kajian ini meneliti sebab China memodenkan aset ketenteraannya dan tentera lautnya di sekitar rantau Asia. Data primer dikumpulkan melalui temu bual berstruktur dengan informan yang mempunyai pengkhususan dalam bidang hubungan antarabangsa. Data sekunder pula dikumpul daripada kajian perpustakaan berdasarkan bahan ilmiah, tesis, artikel jurnal, atau data atas talian . Hasil analisis menunjukkan bahawa kebangkitan dan pemodenan aset ketenteraan laut China adalah untuk menjaga kepentingan nasionalnya. China juga tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi kuasa unipolar di Asia apatah lagi di dunia.

Item Type:Article
Keywords:China; Ekonomi; Kepentingan nasional; Ketenteraan; Strategi String of Pearls; Unipolar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9769
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2016 01:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page