Penyalahgunaan dadah sebagai ancaman keselamatan: analisis keberkesanan program kerajaan dalam mengekang pengrekrutan penagih dadah di Malaysia

Zarina Othman, and Nor Azizan Idris, and Mohamad Daud Druis, (2015) Penyalahgunaan dadah sebagai ancaman keselamatan: analisis keberkesanan program kerajaan dalam mengekang pengrekrutan penagih dadah di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (13). pp. 60-71. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
249kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Keselamatan dunia kontemporari bukan sahaja menuntut aktor negara memainkan peranan yang sewajarnya tetapi juga aktor bukan negara . Ini kerana usaha menjamin keselamatan negara menjadi tercabar apabila aktor bukan negara bertindak di luar batasan dan melanggar norma-norma kehidupan termasuk undang-undang masyarakat sivil. Isu pengedaran dan penyalahgunaan dadah di Malaysia merupakan isu nasional. Kerajaan Malaysia menerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pelbagai agensi telah melakukan pelbagai usaha bagi mengatasi masalah ini. Persoalannya adakah hasilnya boleh dibanggakan dalam mengekang ancaman kepada keselamatan komuniti-individu di Malaysia. Justeru, kajian ini menganalisis keterancaman keselamatan individu dan komuniti di Malaysia oleh penyalahgunaan dadah. Berasaskan konsep keselamatan insan kajian ini memanfaatkan hasil analisis dokumen, pemerhatian, perbincangan kumpulan terfokus, dan temu bual berstruktur dengan informan terpilih yang terlibat secara langsung dalam pengurusan masalah dadah dalam institusi dan komuniti dari dalam dan luar negara. Dapatan kajian mendapati wujudnya ancaman ke atas insan dalam individu-komuniti di Malaysia. Walau bagaimanapun, kepelbagaian dapatan kajian juga menunjukkan sebahagian besar program rawatan dan pemulihan yang dijalankan untuk mengekang pengrekrutan penagih adalah kurang berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Ancaman keselamatan; Jenayah; Keselamatan insan; Keselamatan komuniti; Pengrekrutan penagih dadah; Penyalahgunaan dadah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9771
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2016 02:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page