Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku dalam kalangan penyokong pasukan bola sepak di Malaysia

Nur Hafizah Yusoff, and P. Sundramoorthy, (2015) Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku dalam kalangan penyokong pasukan bola sepak di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (13). pp. 72-78. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
153kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kehadiran penyokong yang ramai apabila sesuatu perlawanan bola sepak berlangsung, adakalanya memberi kesan negatif terutama dari aspek keselamatan. Sukar bagi anggota keselamatan untuk memastikan semua penyokong yang berada di stadium mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan pola salah laku penyokong pasukan bola sepak di Malaysia serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Bagi tujuan tersebut satu survei telah dijalankan terhadap 600 orang yang terdiri daripada penyokong pasukan bola sepak Kelantan, Johor, Selangor dan Perak. Salah laku yang kerap dilakukan penyokong pasukan bola sepak termasuklah yang melibatkan verbal dan fizikal. Antara jenis salah laku verbal yang dilakukan oleh penyokong bola sepak adalah mengeluarkan perkataan lucah terhadap pemain dan pasukan lawan serta melakukan provokasi terhadap penyokong lawan. Manakala, bagi salah laku fizikal pula, penyokong bola sepak lebih banyak terlibat dalam insiden membaling objek ke tengah padang serta menyalakan suar. Antara faktor utama yang menyumbang kepada salah laku penyokong semasa berada di stadium termasuklah ketidakpuasan hati terhadap pengadil dan kekecewaan terhadap kekalahan pasukan yang disokong. Faktor ini menjadi penyebab kepada kelakuan agresif para penyokong. Sebagai seorang penyokong, sikap profesional dan semangat kesukanan harus ada dalam diri setiap penyokong bagi memastikan mereka tidak mudah terikut dengan emosi jika pasukan mengalami kekalahan.

Item Type:Article
Keywords:Bola sepak; Kekasaran; Penyokong; Salah laku; Salah laku fizikal; Salah laku verbal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9772
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2016 03:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page