Analisis trend dan pola keruangan kemalangan maut jalan raya di Malaysia : kajian kes di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Wan Muhammad Taufik Wan Hussin, and Tarmiji Masron, (2015) Analisis trend dan pola keruangan kemalangan maut jalan raya di Malaysia : kajian kes di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (13). pp. 104-114. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
521kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama di dunia selepas penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok, jangkitan paru-paru dan kesukaran pernafasan. Di Malaysia, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 70% .Kajian ini menganalisis kemalangan maut bagi semua jenis kenderaan di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang berdasarkan data kemalangan maut bagi tempoh tiga tahun 2011-2013. Ia juga menganalisis trend serta taburan dan corak keruangan kemalangan maut dengan bantuan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS). Data dianalisis dengan menggunakan kaedah purata kejiranan terdekat (ANN). Hasil kajian mendapati kadar kemalangan maut di daerah Timur Laut bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 adalah tinggi (masing-masing 90, 88 dan 91 kes). Trend menunjukkan bahawa kadar kemalangan maut yang paling tinggi berlaku dalam kawasan sempadan Balai Polis Jelutong manakala yang paling rendah adalah dalam kawasan sempadan Balai Polis Komuniti Taman Desa Permai. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa taburan kemalangan maut adalah paling tinggi di jalan-jalan utama, iaitu Jalan Air Hitam, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Jalan Sultan Azlan Shah. Hasil analisis ANN pula menunjukkan bahawa corak kemalangan maut bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 adalah secara berkelompok dengan penolakan hipotesis null. Kesimpulannya, kemalangan jalan raya lebih tertumpu dan berkelompok di sesuatu kawasan tertentu disebabkan oleh perbezaan dari segi struktur fizikal jalan raya, jumlah trafik dan kepentingan jalan tersebut kepada pengguna di kawasan sekitarnya.

Item Type:Article
Keywords:ANN; Corak ruangan; GIS; Jalan raya; Kemalangan maut; Trend kemalangan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9777
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2016 03:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page