Pelancongan dan pembangunan setempat di Malaysia: satu analisis SWOT Royal Belum sebagai produk ekopelancongan

Wan Suzita Wan Ibrahim, and Rosilawati Zainol, and Siti Nor Awang, and Kamal Solhaimi Fadzil, and Juli Edo, (2015) Pelancongan dan pembangunan setempat di Malaysia: satu analisis SWOT Royal Belum sebagai produk ekopelancongan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (13). pp. 115-130. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
487kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pelancongan menjadi salah satu industri terpenting kerana bukan saja berupaya mengembangkan dimensi fizikal dan ekonomi negara tetapi juga sektor sosial, budaya, politik dan teknologi. Kajian ini meneliti produk ekopelancongan Kajian ini meneliti produk ekopelancongan di Taman Royal Belum dalam pelbagai aspek sejak diwartakan sebagai Taman Negeri dari segi kekuatan,kelemahan, peluang dan ancaman dalam model perancangan dan pembangunan pelancongan wilayah. Pendekatan kajian adalah secara kualitatif dan analisis SWOT (strengths, weakness, opportunity and threats) telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Taman Royal Belum sebagai salah sebuah tarikan destinasi pelancongan banyak menawarkan pelbagai keistimewaan seperti flora dan fauna, masyarakat, tanih, pemandangan dan sebagainya. Namun terdapat kelemahan di sebalik kelebihan ini seperti pembalakan di sekeliling, ketidakseimbangan alam sekitar, pencemaran dan kekurangan infrastruktur asas. Permasalahan ini telah melahirkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak berkuasa dan masyarakat secara umumnya untuk merealisasikan hasrat bagi memelihara Royal Belum sebagai salah sebuah aset pelancongan negara.

Item Type:Article
Keywords:Analisis SWOT; Belum-Temengor; Ekopelancongan; NCER; Pembangunan mampan; Produk pelancongan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9778
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 May 2016 03:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page