Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak-kanak: kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara

Mazlini Adnan, and Aminah Ayob, and Ong Eng Tek, and Mohd Nasir Ibrahim, and Noriah Ishak, and Jameyah Sheriff, (2016) Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di peringkat kanak-kanak: kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan STEM dalam kurikulum PERMATA Negara. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (1). pp. 29-36. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
277kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kajian ini adalah mengenai pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) untuk PERMATA Negara dan bertujuan menentukan kebolehlaksanaan pendidikan STEM kepada kanak-kanak 3-4 tahun di taska PERMATA dan kebolehintegrasian pendidikan STEM ke dalam Kurikulum PERMATA Negara. Selain itu, kajian ini juga menilai kesan pendidikan STEM terhadap kebolehan inkuiri, penerokaan, rekacipta, refleksi, minat, komunikasi, dan kerjasama dalam kalangan kanak-kanak yang terlibat. Sepuluh Modul STEM telah dibina dan ditentusahkan oleh pendidik PERMATA dan penyelidik pakar bidang STEM. Seramai 22 orang pendidik dan 160 orang kanak-kanak dari 19 buah Taska PERMATA terlibat sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan (p<0.001) terhadap kebolehan inkuiri, penerokaan, rekacipta, reflleksi, minat, dan komunikasi serta semangat kerjasama kanak-kanak. Kesan latihan STEM kepada pendidik juga menunjukkan peningkatan yang sangat besar dan signifikan terhadap pengetahuan, pemahaman, kemahiran dan keyakinan diri pendidik melaksanakan STEM di taska. Dapatan-dapatan ini memberi implikasi positif terhadap pelaksanaan STEM di peringkat awal kanak-kanak. Bahagian Permata Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi pelaksana perlu segera mengintegrasikan STEM ke dalam kurikulum PERMATA dan menyediakan latihan profesional STEM kepada pendidik-pendidik menerusi penubuhan Jawatankuasa Pelaksana , penggubalan dasar-dasar yang sesuai , dan penglibatan industri, swasta dan GLC.

Item Type:Article
Keywords:Kanak-kanak 3-4 tahun; Kurikulum PERMATA Negara; Modul STEM; Pendidikan awal kanak-kanak; Pendidikan STEM; Problem-based Inquiry Learning (PIL)
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9799
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2016 01:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page