Hanifah Mahat, and Zainudin Othman, and Yazid Saleh, and Mohmadisa Hashim, and Adnan Jusoh, and Norazlan Hadi Yaacob, (2016) Keberkesanan kurikulum pendidikan sains sosial di Malaysia: kajian perspektif guru siswazah dan pengetua sekolah di UPSI. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (1). pp. 37-48. ISSN 2180-2491
|
PDF
1MB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi maklumat memerlukan penyesuaian dan penambahbaikan terhadap sistem pendidikan di peringkat pengajian tinggi demi menghasilkan modal insan yang mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi seorang pelajar yang unggul lagi holistik dari segi keilmuan itu sendiri, sahsiah peribadi atau kerohanian diri . Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kurikulum sains sosial di Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam melahirkan pendidik yang seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dan institusi pendidikan lain di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah temu bual mendalam ke atas lima orang guru siswazah FSK UPSI dan lima orang majikan (pengetua). Data temu bual di analisis secara induktif dan deduktif dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil kajian mendapati bahawa keberkesanan kurikulum di FSK, UPSI dari perspektif siswazah berada pada tahap yang memuaskan bagi tema keberkesanan kurikulum dan keberkesanan kokurikulum. Namun respons bagi tema keberkesanan kemahiran dan kemahiran kerjaya adalah kurang memuaskan dan perlu diberikan perhatian. Secara keseluruhan pihak pengetua turut mengakui keberkesanan guru sains sosial UPSI dengan penambahbaikan terhadap aspek kemahiran berfikir, etika dan nilai. Kedua-dua ini pada pandangan pengetua amat penting difahami dan dilaksanakan oleh guru dengan sebaiknya. Justeru, semakan semula kurikulum di peringkat universiti wajar mengambil kira perkara tersebut dan seterusnya menyediakan pelan tindakan bagi memantapkan kurikulum pendidikan sains sosial di UPSI.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keberkesanan; Kokurikulum; Kualitatif; Kurikulum; Sains sosial; Temu bual |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9800 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jun 2016 01:14 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:50 |
Repository Staff Only: item control page