Jenis dan tahap pemilikan modal peniaga bazar larut malam: kajian kes di Lembah Klang, Malaysia

Noordeyana Tambi, and Asnarulkhadi Abu Samah, and Hanina Halimatusaadiah Hamsan, and Ma’rof Redzuan, (2016) Jenis dan tahap pemilikan modal peniaga bazar larut malam: kajian kes di Lembah Klang, Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (1). pp. 61-74. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
313kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan modal-modal yang terlibat dalam menjalankan perniagaan bazar larut malam. Pemilikan modal merupakan elemen penting dalam memastikan kelangsungan perniagaan berskala kecil ini. Lazimnya, modal dikaitkan dengan aspek kewangan dan keuntungan sahaja. Maka, berdasarkan Model Kelestarian Perniagaan oleh Tilley & Young (2006) diadaptasi bersama konsep Modal Komuniti oleh Hart (2000), kajian dijalankan untuk mengkaji tahap kelestarian komuniti peniaga bazar larut malam menerusi pemilikan modal-modal peniaga iaitu modal sosial, modal insan, modal kewangan dan modal fizikal. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pemilikan modal-modal oleh peniaga bazar larut malam adalah berada pada tahap yang sederhana iaitu kesemua tahap modal berada pada tahap yang sederhana iaitu tahap modal sosial (70.0%), tahap sederhana modal insan (75.2%), tahap sederhana modal kewangan (82.8%) dan tahap sederhana modal fizikal (81.2%). Ini bererti bahawa masih terdapat ruang untuk mengukuhkan modal, dan dengan itu, kemampanan perniagaan.

Item Type:Article
Keywords:Bazaar; Modal fizikal; Modal insan; Modal kewangan; Modal sosial; Peniaga
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9802
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2016 01:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page