Model pembangunan neo-endogenous luar bandar dan faktor sokongan koperasi: kajian kes program desa lestari di Malaysia

Mohd Azuhari Che Mat, and Jalaluddin Abdul Malek, (2016) Model pembangunan neo-endogenous luar bandar dan faktor sokongan koperasi: kajian kes program desa lestari di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (1). pp. 75-84. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
329kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Model pembangunan neo-endogenous telah menjadi tumpuan ramai pengkaji sebagai satu pendekatan baru kepada pembangunan luar bandar yang lestari (PDL) abad ke-21. Transformasi pembangunan luar bandar di Malaysia yang dilaksanakan melalui polisi seperti GTP, ETP dan RTP mempunyai ciri-ciri model pembangunan neo-endogenous luar bandar dan memberi cabaran besar kepada koperasi yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan PDL. Nilai dan prinsip yang diamalkan oleh koperasi telah memberi kelebihan dalam menyokong model pembangunan neo-endogenous khususnya untuk meningkatkan kapasiti tempatan bagi mewujudkan jaringan dalaman dan luaran. Namun begitu, kurang penglibatan penduduk sebagai peserta koperasi, fokus pembangunan yang tertumpu kepada projek penyediaan infrastruktur dan jaringan kerjasama dengan pihak luar yang terhad dalam pelaksanaan PDL adalah antara beberapa persoalan mengenai sejauh manakah koperasi menyokong pembangunan neo-endogenous luar bandar. Kajian ini mengenalpasti faktor-faktor sokongan koperasi dalam model pembangunan neo-endogenous luar bandar di bawah PDL iaitu memenuhi keperluan setempat, penggunaan sumber tempatan dan alam semulajadi, inovasi dan penggunaan teknologi moden, peningkatkan kapasiti individu dan institusi tempatan, dan pembentukan rangkaian kerjasama dalaman dan luaran. Data primer diperolehi dari kajian lapangan yang melibatkan seramai 227 anggota koperasi di tiga buah kampung di bawah PDL. Hasil analisis faktor menemui tiga faktor sokongan koperasi terhadap model pembangunan neo-endogenous PDL iaitu kapasiti dan jaringan kerjasama, inovasi dan penggunaan sumber tempatan, dan pembentukan inisiatif lokal. Penemuan faktor ini diharapkan dapat memberi fokus baru kepada pelaksanaan dan pemantauan PDL bagi memastikan kejayaannya.

Item Type:Article
Keywords:Desa lestari; Inovasi; Koperasi; Model pembangunan; Pembangunan neo-endogenous; Transformasi desa
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9803
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2016 01:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page