Ang, Kean Hua (2016) Sungai Melaka sebagai suatu daya tarikan pelancongan baru di Negeri Melaka: satu ulasan kritis. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (1). pp. 108-117. ISSN 2180-2491
|
PDF
491kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Sektor pelancongan banyak menyumbang kepada pendapatan negara. Kerajaan mempromosikan pelbagai tema dan program bagi menarik perhatian para pelacong. Kesannya, jumlah ketibaan pelancong ke Malaysia meningkat dari setahun ke setahun. Artikel ini mengulas Sungai Melaka sebagai daya tarikan pelancongan. Negeri Melaka merupakan destinasi pelancongan yang bertemakan sejarah namun kini digandingkan dengan pelancongan alam sekitar yang berfokus kepada Sungai Melaka. Fungsi utama Sungai Melaka yang asal adalah sebagai sumber air, makanan, pertanian, penternakan, pengangkutan, dan pekerjaan. Kini kerajaan negeri membangunkan semula Sungai Melaka menjadi seperti ‘Venice of the East’, iaitu sebagai salah satu program pelancongannya. Pembangunan semula secara fizikal telah menjadikan Sungai Melaka lebih menarik. Perubahan fizikal ini juga telah menyebabkan fungsi asal Sungai Melaka berubah. Pembangunan ekonomi moden dan pembandaran di sekitarnya juga telah meningkatkan tahap hubungan manusia-sungai. Pada masa yang sama kelebaran dan kedalaman sungai turut meningkat. Pencemaran sungai juga mula berlaku. Oleh itu, pembangunan, perancangan, dan pengurusan harus dilakukan oleh semua pihak termasuk kerajaan, swasta, penduduk tempatan, dan masyarakat bagi mengekalkan kebersihan Sungai Melaka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Fungsi sungai; Pelancongan; Pencemaran sungai; Pendapatan; Pengindahan sungai; Program |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 9806 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jun 2016 01:47 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:50 |
Repository Staff Only: item control page