Perubahan gunatanah dan kejadian banjir di Lembangan Saliran Kelantan

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, and Hamidi Ismail, (2016) Perubahan gunatanah dan kejadian banjir di Lembangan Saliran Kelantan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12 (1). pp. 118-128. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pembangunan secara drastik dan berskala besar mampu menyebabkan perubahan kepada alam sekitar serta mendedahkan manusia kepada kejadian bencana. Perubahan guna tanah daripada kawasan hutan kepada pelbagai jenis guna tanah lain seperti perbandaran, petempatan dan industri mampu memberikan kesan kepada kualiti alam sekitar. Perubahan terhadap kualiti alam sekitar iaitu daripada keadaan semula jadi yang akhirnya boleh menyebabkan wujudnya risiko bencana alam. Justeru, kawasan kajian juga tidak ketinggalan menerima kesan dan limpahan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menggalakkan pembangunan dalam sektor gunatanah seperti pembandaran, pelancongan dan rekreasi, kemudahan awam, perumahan dan sebagainya. Selain itu, keluasan gunatanah pertanian dan perhutanan pula adalah semakin mengecil atau terhimpit akibat hambatan pembangunan yang menuntut pelbagai aktiviti pembangunan dilakukan dengan mengubah corak gunatanah tersebut. Justeru, keadaan ini memperlihatkan bahawa manusia mula mengganggu persekitaran semulajadinya bagi memenuhi tuntutan kehidupannya. Oleh itu kajian ini, dengan penggunaan teknik Geographic Information System (GIS) meneliti tahap perubahan gunatanah yang berlaku. Hasil kajian mendapati, sememangnya berlaku perubahan gunatanah yang signifikan dalam kawasan kajian dalam tempoh 26 tahun. Selain itu, kajian ini juga meneliti hubungkaitan antara perubahan gunatanah dan ada kaitannya dengan peningkatan kekerapan dan intensiti bencana banjir yang berlaku di Lembangan Kelantan semenjak kebelakangan ini.

Item Type:Article
Keywords:Kekerapan banjir; Impak alam sekitar; Kemusnahan harta benda; Lembangan Kelantan; Pembangunan; Perubahan gunatanah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:9807
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jun 2016 01:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:50

Repository Staff Only: item control page