Delinkuen pelajar dan cadangan penyelesaiannya menerusi model pembangunan sahsiah remaja/ pelajar muslim bersepadu

Buerah Tunggak, and Shanah Ngadi, and Hamimah Abu Naim, (2015) Delinkuen pelajar dan cadangan penyelesaiannya menerusi model pembangunan sahsiah remaja/ pelajar muslim bersepadu. Jurnal Hadhari, 7 (2). pp. 11-30. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
636kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/752

Abstract

Kebelakangan ini, masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak masyarakat terutama generasi muda (termasuk golongan pelajar) semakin membimbangkan. Pelbagai jenis delinkuen sosial yang melibatkan pelajar bermula daripada salah laku yang ringan seperti datang lewat ke sekolah, ponteng kelas, ponteng sekolah, dan melanggar peraturan sekolah, diikuti salah laku sederhana seperti melawan guru, menghisap rokok, ‘merempit’, gengsterisme dan buli, sehinggalah kepada salah laku yang lebih berat seperti pergaulan seks bebas, mengandung, melahirkan anak luar nikah, pembuangan bayi, penagihan dadah, dan rogol dilaporkan hampir setiap hari dalam media massa. Oleh itu penulisan ini akan membincangkan sebab-sebab berlakunya delinkuen dalam kalangan pelajar sekolah dan cara-cara membendung perlakuan tidak bermoral tersebut. Penulisan ini juga akan mengemukakan satu Model Pembangunan Sahsiah Pelajar/Remaja Muslim Bersepadu yang melibatkan peranan pelbagai pihak sebagai usaha pencegahan pada peringkat awal sebelum berlakunya salah laku sosial khususnya dalam kalangan pelajar menurut perspektif Islam.

Item Type:Article
Keywords:Delinkuen; Keruntuhan akhlak; Perlakuan tidak bermoral; Perspektif Islam.
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:9843
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2016 06:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page