Privasi dan perisytiharan pemelukan Islam menurut perspektif Islam

Khairani Husin, and Mohd. Al Adib Samuri, and Mohd. Zamro Muda, (2015) Privasi dan perisytiharan pemelukan Islam menurut perspektif Islam. Jurnal Hadhari, 7 (2). pp. 31-47. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
4MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/752

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang privasi dan perisytiharan pemelukan Islam menurut perspektif Islam. Isu ini perlu kepada penyelesaian ekoran banyak kesulitan timbul akibat kemasukan Islam seseorang mualaf itu dirahsiakan daripada pengetahuan anggota keluarga. Objektif kajian ini adalah bagi meneliti pemakaian konsep privasi dan perisytiharan pemelukan Islam semasa zaman Rasulullah SAW, di samping membuat perbandingan dengan situasi pemakaiannya di negara ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi instrumen analisis kandungan berasaskan pendekatan deskriptif. Dapatan kajian mendapati konsep privasi dan perisytiharan pemelukan Islam semasa zaman Rasulullah SAW diaplikasikan sewajarnya dengan mengambil kira pertimbangan situasi semasa itu dan bukannya atas dasar kepentingan diri. Bagaimanapun, konsep kerahsiaan kemasukan Islam yang diaplikasikan di negara ini masih terdapat unsur-unsur yang merujuk kepentingan diri sendiri terutama bagi melepaskan diri dari tanggungjawab yang perlu dilunaskan mengikut syarak. Kajian ini penting kerana sehingga kini masih belum ada satu peraturan khusus digubal bagi menangani isu ini.

Item Type:Article
Keywords:Kerahsiaan kemasukan Islam; Perisytiharan pemelukan Islam; Seruan sulit; dakwah terang-terangan; kepentingan tertentu.
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:9844
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2016 06:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page