Pendekatan Hasan al-Banna dalam pembangunan insan menerusi Majmu’at al-Rasail

Zainudin Hashim, and Fakhrul Adabi Abdul Kadir, and Yusmini Md. Yusoff, (2015) Pendekatan Hasan al-Banna dalam pembangunan insan menerusi Majmu’at al-Rasail. Jurnal Hadhari, 7 (2). pp. 49-62. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
5MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/752

Abstract

Pembangunan insan adalah antara misi utama ajaran Islam. Hijrah Rasulullah SAW ke kota Madinah adalah untuk melakukan satu anjakan paradigma bagi melakukan pembangunan insan dalam pelbagai bentuk dan dimensinya. Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan kedua-dua aspek fizikal dan rohani, dunia dan akhirat. Makalah ini sedaya upaya cuba mengupas pandangan Hasan al-Banna dalam penulisan Majmu’at al-Rasail yang telah mengemukakan 3 elemen pembangunan insan dalam pembentukan individu Muslim, keluarga Muslim dan masyarakat Muslim menerusi penulisannya. Justeru, motivasi diri dalam ‘Majmu’at al-Rasail’ telah menyumbang kepada aspek pembangunan insan itu sendiri. Kupasan ini diharap dapat mencungkil sumbangan Hasan al-Banna dalam aspek pembangunan insan, terutama dalam konteks melahirkan lebih ramai lagi individu dalam tanah air dan seterusnya masyarakat yang benar-benar berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:Hasan al-Banna; Pembangunan insan; Majmu’at al-Rasail’
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:9845
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2016 06:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page