Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani remaja berisiko: fokus pendekatan bimbingan jiwa

Fariza Md Sham, and Azyyati Mohd Nazim, (2015) Pendekatan psikologi dakwah dalam menangani remaja berisiko: fokus pendekatan bimbingan jiwa. Jurnal Hadhari, 7 (2). pp. 63-73. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
343kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/752

Abstract

Peringkat remaja, zaman penuh dengan risiko hasil perubahan dari aspek psikologi, biologi dan sosial. Perubahan ini, kadang-kadang memberi cabaran dan tekanan kepada remaja yang kurang bersedia dengan kehadirannya. Mereka tidak berupaya menyesuaikan atau menerima dengan mudah perubahan tersebut. Kesan dari tekanan dan ketegangan emosi, remaja menunjukkan sikap yang agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat dikawal dan terlibat dalam masalah sosial. Remaja seperti ini tergolong dalam kumpulan remaja yang berisiko. Oleh itu, remaja berisiko perlu diberi bimbingan pada peringkat awal, agar mereka tidak terjerumus ke dalam jenayah yang lebih berat. Bimbingan jiwa merupakan salah satu pendekatan dalam psikologi dakwah bagi menangani permasalahan remaja berisiko. Oleh itu, penulisan ini akan membincangkan tentang pendekatan psikologi dakwah menangani permasalahan remaja berisiko dengan memfokuskan kepada kaedah bimbingan jiwa. Terdapat tiga kaedah bimbingan jiwa iaitu, kaunseling secara langsung, bimbingan secara berkelompok, bimbingan keluarga dan perkahwinan. Bimbingan jiwa yang berasaskan ajaran agama Islam, mampu menangani permasalahan remaja berisiko.

Item Type:Article
Keywords:Remaja berisiko; Psikologi dakwah; Bimbingan jiwa; Kaunseling; Agama
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:9846
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2016 06:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:51

Repository Staff Only: item control page